Tuesday 27 October 2015

ADAKAH SUBJEK SEJARAH SUKAR UNTUK LULUS?

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebagai pembuka kata, saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpahan rahmat-Nya dapatlah saya berkongsi sedikit sebanyak panduan untuk mengulangkaji subjek Sejarah.

Umum mengetahui bahawa subjek Sejarah merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, memandangkan subjek ini merupakan perkara pokok untuk mendapat sijil SPM saya terpanggil untuk memberi pandangan saya mengenai subjek tersebut.

Bagi pandangan saya, subjek Sejarah bukanlah sukar untuk lulus. Bagi pelajar yang sukar untuk lulus dalam matapelajaran tersebut kerana kurang memahami dan mendalami setiap bab di dalam sukatan matapelajaran subjek ini. Saat yang paling kritikal ialah pelajar tidak dapat menguasai Kertas 3 subjek ini. Untuk pengetahuan, Kertas 3 amatlah membantu pelajar untuk lulus subjek ini kerana purata markah dalam kertas ini membawa peratusan 20%. Sehubungan itu, untuk lulus dengan mudah ialah pelajar perlu mendapat markah dalam kertas ini sekurang-kurangnya 90%. Insya Allah pelajar tersebut akan lulus dalam subjek ini.

Berbalik kepada kaedah mengulangkaji, subjek Sejarah memerlukan kaedah hafalan kepada setiap fakta-fakta yang terdapat di dalam setiap sukatan matapelajaran dan memerlukan pengetahuan umum yang luas untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi). Jika, pelajar kurang didedahkan dengan pengetahuan umum maka sukarlah ia menjadi soalan yang berbentuk KBAT tersebut.

Seterusnya, masa yang paling sesuai untuk mengulangkaji subjek ini ialah pada waktu petang dan awal pagi. Pelajar hanyalah perlu membaca buku teks berulangkali dan menghafal setiap fakta-fakta yang telah dikenalpasti. Untuk memudahkan hafalan, pelajar hendaklah membuat nota-nota ringkas ataupun peta minda untuk memudahkan sesi hafalan tersebut.

Di samping itu, untuk menajamkan lagi penguasaan dalam subjek ini pelajar seharusnya membuat latihan dengan lebih kerap dan berdiskusi bersama rakan yang mendapat markah yang tinggi dalam subjek ini selain membeli buku latihan yang mempunyai soalan SPM tahun-tahun yang lepas (lebih tepat jika mempunyai analisa setiap bab) kerana soalan-soalan ini amat membantu pelajar dalam menjawab peperiksaan. Ingin dinyatakan bahawa soalan-soalan yang berbentuk fakta akan diulang sekerap kali kerana fakta tidak boleh diubah. Justeru, hal ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk lulus dengan mudah dalam peperiksaan malahan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak. Amiinn.

Akhir sekali, jika pelajar kurang memahami juga dalam sukatan matapelajaran ini eloklah kiranya berjumpa dengan guru untuk mendapat input dengan lebih lanjut tentang persoalan tersebut. Janganlah malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.

Akhirul kalam, saya mendoakan semoga seluruh pelajar yang mengambil subjek Sejarah mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan anda. Ingatlah sejarah tidak akan berulang tetapi manusia yang melupakan sejarah merupakan manusia yang tidak mengerti asal usul yang sebenar!

Sekian, terima kasih

Salam Sehati Sejiwa.




1 comment:

  1. casino no deposit bonus codes and bonus - Drmcd
    casino 서산 출장샵 no 정읍 출장안마 deposit bonus 충청북도 출장안마 codes and bonus code and the top casino promotions. casino 삼척 출장마사지 online, free cash, free slots, no deposit 경산 출장마사지 required,

    ReplyDelete