Thursday 2 February 2017

SUSUNAN KEKANANAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN

Bismillahi Rahman Nir Rahim. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Kedah.

Hari ini penulis berkesempatan untuk berkongsi tentang senarai susunan kekananan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia kepada rakyat Malaysia mahupun para pembesar dan diplomat negara lain yang telah menunjukkan bakti, taat setia dan mengharumkan nama negara meliputi pelbagai bidang dan lapangan.

Anugerah ini lazimnya dizahirkan pada Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong bertempat di Balai Rong Seri, Istana Negara Malaysia.

Penerima-penerima darjah ini akan membawa gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Seri Utama dan Datuk.

Berikut merupakan senarai Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.


  1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)
  2. Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.)
  3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  4. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  5. Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
  6. Darjah Bakti (D.B.)
  7. Panglima Mangku Negara (P.M.N)
  8. Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
  9. Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  10. Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
  11. Johan Mangku Negara (J.M.N.)
  12. Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  13. Johan Setia Diraja (J.S.D.)
  14. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
  15. Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
  16. Ahli Mangku Negara (A.M.N.)
  17. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
  18. Bentara Setia Diraja (B.S.D.)
  19. Panglima Gagah Berani (P.G.B)
  20. Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.)
  21. Pingat Tentera Udara (P.T.U.)
  22. Pingat Kebaktian (P.K.)
  23. Pingat Khidmat Berbakti (P.K.B.)
  24. Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.)
  25. Kepujian Peruntukan Keberanian (K.P.K.)
  26. Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.)
  27. Pingat Peringatan Malaysia Emas (P.P.M.)
  28. Pingat Peringatan Malaysia Perak (P.P.M.)
  29. Pingat Peringatan Malaysia Gangsa (P.P.M.)
  30. Pingat Jasa Malaysia (P.J.M.)
  31. Pingat Pertabalan (P.P)