Bismillah Hi Rahman Nir Rahim. Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia, Salam Muafakat Kedah dan Salam Kedah Serata-rata.
Asbab Nuzul secara umumnya adalah ilmu berkaitan sebab-sebab yang mengakibatkan turunnya ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Asbab Nuzul ialah dengan mengambil sempena berlakunya peristiwa, lalu turunlah ayat yang menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ianya dinamakan Sebab Nuzul. Sebagai contoh, hadis riwayat daripada Muaz ibn Jabal katanya,
" Sesungguhnya seorang Yahudi telah menipu kami dan menambah masalah kami, dan bertanya berkaitan dengan anak bulan. Kenapa anak bulan itu mula-mula kecil bentuknya, kemudian semakin besar sehinggalah menjadi separuh, kemudian menjadi purnama, dan kemudian kurang, mengecil balik hingga kedudukannya yang asal ".
Maka Allah swt turunkan ayat Al-Quran sebagaimana firmannya:
" Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa, dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya". (Al-Baqarah: 189)
PENGERTIAN
Bahasa: Dari segi sudut bahasa, Sebab Nuzul terdiri daripada dua perkataan iatu 'Asbab' dan 'An-Nuzul'. Sebab membawa makna sebab, alasan, lihat dan perantaraan. Manakala an-nuzul membawa makna penurunan Al-Quran dari Allah swt kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Maka dapat difahami Asbab Nuzul bermaksud sebab-sebab turunya ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Istilah: Dari sudut istilah, ia membawa makna:
- Apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun untuk menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa tersebut.
- Menurut Manna' al-Qaththan as-Shalil berpendapat Sebab Nuzul ialah sesuatu yang kerana sesuatu itu menyebabkan satu atau beberapa ayat Al-Quran diturunkan (menjawab atau menjelaskan hukum) di saat sesuatu itu terjadi.
- Dalam keadaan lain, ulama' mentakrifkan Sebab Nuzul ialah penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad S.A.W atau memberi penjelasan hukum terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.
- Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu hukum.
- Mengetahui bahawa syariat Islam memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan umum, terutama dalam menghadapi segala peristiwa, demi umat Islam yang terhormat dan mulia.
- Mengkhususkan dan membataskan hukum itu dinyatakan dalam bentuk umum.
- Membantu dan memudahkan seseorang menghafaz Al-Quran.
- Membantu ahli tafsir dan ahli Fiqh dalam menistinbat hukum.
- Mengetahui pengkhususan hukum.
- Memberi maklumat untuk membezakan ayat makki dan madani.
- Untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasakh dan mansukh.
No comments:
Post a Comment