Ramadhan yang lalu , sekali lagi pihak rejim zionis tanpa berkeperimanusiaan membedil Gaza bertali arus tanpa henti-henti tanpa mengira siang dan malam , tidak mengendahkan suara masyarakat dunia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan mereka yang melakukan kezaliman terhadap penduduk Gaza .
Rejim Zionis seolah-seolah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan tidak mempedulikan desakkan demi desakkan oleh dunia untuk menghentikan serangan ke atas penduduk Gaza . Malangnya , dengan rasa bongkak mereka mencabuli gencatan senjata yang dibuat dan membedil sebuah sekolah yang dibuka oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) . Serangan ini telah mengorbankan berpuluh-puluh nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan ramai kanak-kanak yang tidak bersalah .
Persoalannya , di manakah Persidangan Negara-Negara Islam ( OIC ) yang mendiamkan diri sahaja walaupun negara Palestin berada berhampiran dengan negara-negara Arab ? Di manakah suara di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) ? Semoga hak dan solidariti penduduk Palestin dan Gaza khususnya ditegakkan dengan penuh keadilan . Semoga kemenangan berpihak kepada tentera Al-Qassam .
Ayuhlah kita memboikot barangan dan perkhidmatan keluaran Yahudi Israel laknat .
No comments:
Post a Comment