Hari demi hari , minggu demi minggu , tahun demi tahun , kita telah semakin dewasa , bergerak menuju ke usia tua . Tanpa usaha dan minat maka tiadalah resipi kejayaan .
Begitu jugalah dalam konteks kenegaraan . Pada seawal usia atau pasca kemerdekaan , ianya diibaratkan sebagai seorang anak kecil yang masih memerlukan semsangat dan tunjuk ajar orang tuanya . Kiasaan ini diertikan bahawa sejak awal kemerdekaan negara kita , banyak dasar-dasar pembangunan dan ekonomi negara perlu dipelajari oleh pemimpin negara . [ Usia kemerdekaan : 1-15 ]
Selepas setahun demi setahun berlalu , maka ia telah meningkat menjadi seorang remaja . Ketika di usia remaja inilah yang memerlukan usaha dan dorongan yang kuat untuk membangunkan lagi ekonomi negara dan meningkatkan pasaran komuditi negara . Pada saat ini , pemimpin negara perlu bijak menangani segala anasir dan wabaknegetif supaya tidak menganggu gugat keharmonian dan keselamatan negara .
[ Usia kemerdekaan : 16-30 ]
Selepas remaja , belia pula mula mengambil tempat . Pada zaman inilah pembangunan sosial perlu diperkukuh kerana ianya akan menentukan hala tuju masa depan negara . Segala dasar yang dirancang perlu mengambil kira keupayaan aset dan ekonomi kekal terpihara serta merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangungan negara .
[ Usia kemerdekaan : 31-45 ]
Seterusnya , sesudah belia , alam dewasa mulai menganbil alih . Pada zaman ini , segala yang dirancang dan distrukturkan semula bukan lagi sebagai kayu uji malahan ia perlu diperhalusi dalam setiap perkara dari segenap sudut kerana jika tersilap langkah akibatnya pancaroba akan mendatang . Ketika usia inilah perlu adanya pemikir yang akan membuat dasar untuk kepentingan negara tanpa mementingkan keuntungan semata tetapi perlu fleksible antara ekonomi , pembangunan , infrastruktur , kebajikan rakyat , keselamatan dan sebagainya . Sektor kerajaan dan koporat perlu dipermatangkan dengan penterjemahan kerja yang lebih efisyen dan berintegriti bagi menghasilkan satu kerjaya yang bermutu .
[ Usia kemerdekaan : 46-60 ]
" Jika kita melihat persamaan lebih daripada perbezaannya , maka kita akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian segala perbezaan yang ada dan jika kita sentiasa menumpu kepada perbezaan , maka kita akan menjadi sebahagiaan daripada permasalahan . Oleh yang demikian mencari titik persamaan antara kaum menjadi tonggak kepada keharmonian dalam masyarakat " .
YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Hari ini kita boleh memperhatikan betapa pesatnya negara kita membangun . Hal ini tidak dapat direalisasikan tanpa adanya sokongan daripada semua pihak . Apa yang ditekankan di sini demi rakyat Malaysia , semua lapisan rakyat perlu bersatu untuk membangunkan negara yang dicintai ini .
MALAYSIA BOLEH !
No comments:
Post a Comment